Sunday 6 March 2011

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan atau pengajaran bagi tajuk yang saya pilih iaitu tokoh imam dan juga seorang guru ialah kita haruslah sentiasa menghormati dan menghargai orang yang telah memberikan ilmu dan tnjuk ajar kepada kita. Selain itu, ilmu pengetahuan haruslah di kongsi di antara satu sama lain agar semua insan mendapat pengetahuan tambahan dan pahala memberikan ilmu dapat di peroleh bersama. Seterusnya, kita sebagai pelajar perlu lah mencontohi beliau dalam mencari ilmu pengetahuan dan jangan lah jadikan kemiskinan atau masalah sebagai cabaran dan halangan untuk memperoleh ilmu pengetahuan. Sesuai dengan pepatah melayu, “tuntutlah ilmu walau sampai ke negeri China”. Di samping itu, kita sebagai umat islam perlulah lebih mendalami ilmu - ilmu akhirat kerana ilmu itu lebih penting dan kekal buat selama - lamanya berbanding ilmu duniawi. Jadi, sama - samalah kita memanfaatkan dan mencari sebanyak mungkin ilmu pengetahuan agar hidup kita sentisa di redhai dan di rahmati oleh Allah S.W.T.. Di sini saya sekali lagi ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ustaz Ramli kerana telah banyak memberikan kerjasama dan tunjuk ajar kepada saya tentang kepentingan ilmu dan perlu menjadi anak yang baik agar dapat berbakti kepada ibu bapa, agama, bangsa dan negara.
Sekian terima kasih. Wasalam. 

No comments:

Post a Comment